!!..find me here on this link..!!!

CIRI-CIRI RAKAN YANG BAIK AKHLAKNYA... ditujukan pada semua insan yang bergelar SAHABATKU...

Saidina 'Alqamah telah berwasiat kepada anaknya ketika menjelang saat kematiannya..

"Wahai anakku! Apabila engkau mahu bersahabat dengan seseorang maka jalinkan persahabatan dengan orang yang;

1. Apabila engkau berkhidmat kepadanya maka ia akan MEMELIHARA dikau..

2. Apabila engkau bersahabat dengannya maka akan BERTAMBAH NILAI DIRImu..

3. Apabila engkau ditimpa kesusahan ia akan TURUT SAMA MENANGGUNG kesusahanmu..

4. Apabila engkau menolong dia nescaya is akan MEMBALAS kebaikanmu..

5. Apabila ia melihat kebaikan daripadamu nescaya ia mengambil kira akan dia (kebaikan tersebut)..

6. Apabila ia melihat kejahatan pada dirimu, nescaya ia akan menutupi dia (kejahatan tersebut)..

7. Apabila engkau berkata nescaya ia akan membenarkan perkataanmu..

8. Apabila engkau mengusahakan akan sesuatu perkara nescaya dia akan menolongmu..

9. Apabila engkau berselisih dengannya pada sesuatu, nescaya ia akan melebihkan dikau.."

Wahai sahabat yang dikasihi.. Apabila kita memberi, jangan sesekali kita mengharapkan balasan darinya kembali.Cukuplah sekadar mengharapkan keredhaan Ilahi.. Namun seandainya kita menerima pemberian daripada sahabat kita yang lain, berusahalah semampu mungkin untuk membalas pemberiannya itu sebagai tanda penghargaan. Sebaik-baik pemberian adalah pemberian yang ikhlas: mengharapkan redha Allah semata-mata.. (^_^)

Semoga kita semua mampu menjadi seorang sahabat yang baik dan mampu mencari sahabat yang juga baik! InsyaAllah..

No comments:

Related Posts with Thumbnails